BACK TO THE HOMEPAGE           VOLUNTEER FOR US!
  LONWEB PARALLEL TEXTS

 
 
 

MALAY

 
 

 

FAKTA-FAKTA KEBULURAN

HUNGER
FACTS

1. Kira-kira 24,000 orang mati pada setiap hari akibat kebuluran atau punca-punca yang berkaitan dengan kebuluran. Angka ini telah berkurangan daripada 35,000 kematian sepuluh tahun lalu, dan 41,000 kematian dua puluh tahun lalu. Tiga per empat daripada kematian ini terdiri daripada kanak-kanak bawah umur lima tahun. 1. About 24,000 people die every day from hunger or hunger-related causes. This is down from 35,000 ten years ago, and 41,000 twenty years ago. Three- fourths of the deaths are children under the age of five.
2. Pada masa kini, 10% daripada kanak-kanak di negara-negara membangun mati sebelum umur lima tahun. Angka ini telah berkurangan daripada 28% lima puluh tahun lalu. 2. Today 10% of children in developing countries die before the age of five. This is down from 28% fifty years ago.
3. Kebuluran dan peperangan hanya menyebabkan 10% daripada kematian akibat kelaparan, walaupun kes-kes kematian inilah yang paling kerap diperdengarkan. Kebanyakan kematian akibat kebuluran disebabkan oleh masalah pemakanan tak seimbang yang kronik. Keluarga-keluarga tidak dapat memperolehi makanan yang mencukupi. Ini pula disebabkan oleh kemiskinan yang melampau. 3. Famine and wars cause just 10% of hunger deaths, although these tend to be the ones you hear about most often. The majority of hunger deaths are caused by chronic malnutrition. Families simply cannot get enough to eat. This in turn is caused by extreme poverty.
4. Selain maut, masalah pemakanan tak seimbang yang kronik juga menyebabkan kerosakan penglihatan, kelesuan, pertumbuhan yang terbantut, dan penjejasan daya pertahanan badan terhadap penyakit. Orang yang mengalami akibat pemakanan tak seimbang yang teruk tidak dapat berfungsi walaupun pada tahap yang asas. 4. Besides death, chronic malnutrition also causes impaired vision, listlessness, stunted growth, and greatly increased susceptibility to disease. Severely malnourished people are unable to function at even a basic level.
5. Seramai 800 juta orang di dunia dianggar mengalami kebuluran dan pemakanan tak seimbang, kira-kira 100 kali lebih daripada jumlah orang yang mati akibat kebuluran. 5. It is estimated that some 800 million people in the world suffer from hunger and malnutrition, about 100 times as many as those who actually die from it each year.
6. Seringkali hanya sumber yang sedikit sahaja diperlukan oleh manusia yang miskin bagi menanam makanan yang mencukupi untuk berdikari. Sumber-sumber ini termasuklah biji benih yang berkualiti, peralatan yang sesuai, dan kemudahan mendapatkan air. Perubahan-perubahan kecil untuk memperbaiki teknik-teknik pertanian dan kaedah-kaedah penyimpanan makanan juga amat berfaedah. 6. Often it takes just a few simple resources for impoverished people to be able to grow enough food to become self-sufficient. These resources include quality seeds, appropriate tools, and access to water. Small improvements in farming techniques and food storage methods are also helpful.
7. Kebanyakan pakar kebuluran berpendapat bahawa cara terbaik untuk mengurangkan kebuluran adalah melalui pendidikan. Manusia yang berpendidikan dapat membebaskan diri daripada kemiskinan yang menyebabkan kebuluran. 7. Many hunger experts believe that ultimately the best way to reduce hunger is through education. Educated people are best able to break out of the cycle of poverty that causes hunger.
Sumber-sumber (mengikut perenggan):
1) Projek Kebuluran, Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu
2) CARE
3) Institut Polisi Pembangunan dan Makanan
4) Program Makanan Sedunia Bangsa-bangsa Bersatu (WFP)
5) Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Bangsa-bangsa Bersatu (FAO)
6) Oxfam
7) Dana Kanak-kanak Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF)
Sources (by paragraph):
1) The Hunger Project, United Nations;

2) CARE;
3) The Institute for Food and Development Policy;
4) United Nations World Food Program (WFP);

5) Food and Agriculture Organization of the United 
Nations (FAO);
6) Oxfam;
7) United Nations Children's Fund (UNICEF)