FAKTA-FAKTA
KEBULURAN |
HUNGER
FACTS |
1. Kira-kira 24,000 orang
mati pada setiap hari akibat kebuluran atau punca-punca yang berkaitan
dengan kebuluran. Angka ini telah berkurangan daripada 35,000 kematian
sepuluh tahun lalu, dan 41,000 kematian dua puluh tahun lalu. Tiga per
empat daripada kematian ini terdiri daripada kanak-kanak bawah umur lima
tahun. |
1. About 24,000 people die every day from hunger or hunger-related
causes. This is down from 35,000 ten years ago, and 41,000 twenty years ago. Three-
fourths of the deaths are children under the age of five.
|
2. Pada masa kini, 10%
daripada kanak-kanak di negara-negara membangun mati sebelum umur lima
tahun. Angka ini telah berkurangan daripada 28% lima puluh tahun lalu. |
2. Today 10% of children in developing countries die before the age of five. This is
down from 28% fifty years ago.
|
3. Kebuluran dan peperangan
hanya menyebabkan 10% daripada kematian akibat kelaparan, walaupun kes-kes
kematian inilah yang paling kerap diperdengarkan. Kebanyakan kematian
akibat kebuluran disebabkan oleh masalah pemakanan tak seimbang yang
kronik. Keluarga-keluarga tidak dapat memperolehi makanan yang mencukupi.
Ini pula disebabkan oleh kemiskinan yang melampau. |
3. Famine and wars cause just 10% of hunger deaths, although these tend to be the ones
you hear about most often. The majority of hunger deaths are caused by chronic
malnutrition. Families simply cannot get enough to eat. This in turn is caused by extreme
poverty.
|
4. Selain maut, masalah
pemakanan tak seimbang yang kronik juga menyebabkan kerosakan penglihatan,
kelesuan, pertumbuhan yang terbantut, dan penjejasan daya pertahanan badan
terhadap penyakit. Orang yang mengalami akibat pemakanan tak seimbang yang
teruk tidak dapat berfungsi walaupun pada tahap yang asas. |
4. Besides death, chronic malnutrition also causes impaired vision, listlessness,
stunted growth, and greatly increased susceptibility to disease. Severely malnourished
people are unable to function at even a basic level.
|
5. Seramai 800 juta orang di
dunia dianggar mengalami kebuluran dan pemakanan tak seimbang, kira-kira
100 kali lebih daripada jumlah orang yang mati akibat kebuluran. |
5. It is estimated that some 800 million people in the world suffer from hunger and
malnutrition, about 100 times as many as those who actually die from it each year.
|
6. Seringkali hanya sumber
yang sedikit sahaja diperlukan oleh manusia yang miskin bagi menanam
makanan yang mencukupi untuk berdikari. Sumber-sumber ini termasuklah biji
benih yang berkualiti, peralatan yang sesuai, dan kemudahan mendapatkan
air. Perubahan-perubahan kecil untuk memperbaiki teknik-teknik pertanian
dan kaedah-kaedah penyimpanan makanan juga amat berfaedah. |
6. Often it takes just a few simple resources for impoverished people to be able to
grow enough food to become self-sufficient. These resources include quality seeds,
appropriate tools, and access to water. Small improvements in farming techniques and food
storage methods are also helpful.
|
7. Kebanyakan pakar
kebuluran berpendapat bahawa cara terbaik untuk mengurangkan kebuluran
adalah melalui pendidikan. Manusia yang berpendidikan dapat membebaskan
diri daripada kemiskinan yang menyebabkan kebuluran. |
7. Many hunger experts believe that ultimately the best way to reduce hunger is through
education. Educated people are best able to break out of the cycle of poverty that causes
hunger.
|
Sumber-sumber (mengikut
perenggan):
1) Projek Kebuluran, Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu
2) CARE
3) Institut Polisi Pembangunan dan Makanan
4) Program Makanan Sedunia Bangsa-bangsa Bersatu (WFP)
5) Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Bangsa-bangsa Bersatu (FAO)
6) Oxfam
7) Dana Kanak-kanak Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) |
Sources (by paragraph):
1) The Hunger Project, United Nations;
2) CARE;
3) The Institute for Food and Development Policy;
4) United Nations World Food Program (WFP);
5) Food and Agriculture Organization of the United
Nations (FAO);
6) Oxfam;
7) United Nations Children's Fund (UNICEF)
|